Kualiti berbanding kuantiti, apa pendapat anda? dan Benarkah yang berkualiti itu sememangnya mahal?
Saya suka sesuatu yang berkualiti bukan bermakna saya suka sesuatu yang mahal. Tidak semua barang yang mahal itu berkualiti bukan? Apa yang saya suka adalah membeli sesuatu yang berkualiti berpadanan dengan harganya. Walaupun dengan harga yang sama saya boleh dapat barang yang sama dengan kuantiti yang banyak tetapi kualitinya kurang. Maksud saya adalah jenama yang berbeza.
Contohnya susu kanak-kanak, terdapat pelbagai jenama di pasaran. Jadi sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita bukan. Walaupun kita nampak secara fizikalnya sama (putih), tetapi kandungannya bebeza mengikut kualiti dan jenamnya.
Pada pendapat saya, biarlah membayar lebih sedikit untuk mendapatkan produk yang berkualiti berbanding mendapat kuantiti yang banyak. Bagaimana pula pendapat anda?
'ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI'
No comments:
Post a Comment