Wednesday, 24 July 2013

1 CEMERLANG, semoga terus GEMILANG

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Hari ini murid 1C hanya ada 14 orang sama seperti semalam, 6 orang tidak hadir. Tetapi bukanlah semuanya wajah yang tudak datang pada hari semalam.

Saya mengajar 2 subjek untuk murid 1C iaitu matematik dan Bahasa Inggeris. Hari ini cuma ajar BI tapi 3 masa bersamaan dengan 90 minit. 

Saya mulakan kelas dengan ulangan p n p semalam. Seorang murid dari 14 yang hadir hari ini masih belum menguasai apa yang diajar kerana dia memang bermasalah untuk mengeja walaupun dalam Bahasa Melayu.

Tapi disebabkan seorang sahaja, saya pun mula la nak marah kan. Bila dah membebel tu macam-macam benda saya cakap. Salah satu soalan saya kepada mereka, "pernah tak ibu atau ayah membantu atau mengajar kamu membaca dirumah?, pada mulanya ramai yang angkat tapi saya minta mereka jujur sebab kalau mereka menipu saya akan telefon ibu bapa mereka. Maka tinggal beberapa sahaja yang mempunyai jawapan 'ya' kepada soalan tadi.

Bila dilihat golongan yang tidak mengangkat tangan tadi, saya simpulkan mereka memang pelajar yang sangat lemah yang memerlukan bantuan bukan sahaja disekolah malah juga dirumah.

Kadang ada rasa kesian dan kadang-kadang rasa nak marah. Bila difikirkan balik, bukan semuanya salah mereka. Mereka hanya murid tahun 1 yang agak lemah dan  perlu dibantu.

Proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya di sekolah, sebenarnya ia bermula dari rumah. Ibu dan bapa lah guru mereka dirumah. 

Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang prihatin dengan anak-anak kita. 

'CORAKKAN KAIN PUTIHMU DENGAN LAKARAN DAN LUKISAN YANG PENUH BERMAKNA'

mamadhiya
sharing is caring
(^_^)

No comments:

Post a Comment