Wednesday, 24 July 2013

POSITIFKAN DIRIMU

Mungkin hari ini tidak bermula dengan baik, tapi sedarlah bahawa kita perlu bersyukur dengan banyak lagi kurniaan Allah s.w.t. Saya menulis untuk menenangkan hati serta ingin menarik caj positif dalam diri saya agar tidak dibelenggengu dengan caj negatif.

Ucapkan syukur kepada Allah agar hati tenang melalui hari ini

Alhamdulillah...
aku dipinjamkan badan yang sihat untuk terus bekerja

aku diberi kesempatan untuk bersahur

aku diberi peluang melihat cahaya matahari yang bersinar

aku diberi peluang menghirup udara segar hari ini

aku dipinjamkan kenderaan yang baik untuk ke sekolah

aku diberi peluang untuk mengajar anak muridku

aku dipinjamkan keluarga yang sihat dan bahagia

Syukur padamu Ya Allah


No comments:

Post a Comment