Friday, 12 July 2013

3 RAMADHAN 1434

Teks : Nurmazlen Mohd Johar
Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Apa resepi hari ni? membeli atau memasak? Mana pilihan anda?

Hari ni ade mood untuk memasak lagi. Balik dari sekolah, singgah kedai nampak ikan Pelaling. Jadi terus terbayang 'kalau masak taucu sedap ni'. Tapi suami saya tak makan taucu, nasib baik ade sotong, jadi untuk suami saya, resepi sotong masak pedas la jawabnya. Yang penting dia boleh berbuka dengan berselera.

Lepas ke kedai terus ambil Dhiya dan terus balik rumah. Eh ada pulak suami saya balik tengah hari ni, jadi dapatlah menyidai kain dan menyiang ikan dan sotong serta buat sedikit persediaaan untuk memasak petang nanti, kalau tak mesti Dhiya akan mengikut kemana sahaja saya pergi. Tiba-tiba baru perasan minyak masak dan garam dah habis. "Papa kirim minyak dan garam tau". Kirim jela, sebab dia memang nak keluar pegi solat Jumaat kan, saya sangat tidak rajin untuk keluar semula memandangkan hari agak panas hari ni.

Jadi sekarang Dhiya sudah tidur dan saya menunggu waktu asar. Lepas asar boleh lah mula memasak. 'Master Chef Mazlen in Action' hehehe

Nanti saya sertakan resepi masakan yang saya masak. Ringkas dan mudah serta sedap di lidah saya. ;)

No comments:

Post a Comment