Friday, 12 July 2013

MAKANAN, ADAKAH SELAMAT DIMAKAN?

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Makanan adalah keperluan manusia, tapi adakah kita pasti makanan yang kita makan tersebut selamat diambil oleh badan kita. Jom kita tengok piramid makanan sebagai panduan pengambilan makanan setiap hari.

makanan seimbang, shaklee
piramid makanan
 Setiap aras menunjukkan nisbah pengambilan makanan yang betul. Walaupun di aras paling bawah menunjukkan makanan yang berasaskan bijirin dan ubi-ubian diambil paling banyak, tetapi tidak bermakna makanan tersebut boleh diambil secara berlebihan.

Sebagai contoh, dalam sepinggan nasi, nisbah yang paling banyak perlu diambil adalah bermula dari aras yang paling bawah. Jadi makanan yang paling sedikit perlu diambil berada di aras yang paling atas iaitu lemak, minyak, garam dan gula.

Jadi untuk menjaga kesihatan yang baik agar tubuh badan kita tidak mudah dihinggapi penyakit, makanlah ikut keperluan bukan ikut nafsu ye.

Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

No comments:

Post a Comment