Wednesday, 24 July 2013

CEGAH JERAWAT DENGAN 6 NUTRISI HEBAT!

Teks : Nurmazlen Mohd Johar


Masalah jerawat adalah satu masalah yang agak besar. Kehadirannya tidak diundang malah sangat tidak dialu-alukan.



Mari kita lihat beberapa nutrisi semulajadi mampu memerangi kehadiran jerawat yang tidak diundang ini.

VITAMIN A
Vitamin A membantu melancarkan kitaran pertukaran kulit dan penghasilan kulit baru. Jika proses ini berjalan lancar maka tidak akan ada jerawat yang mengakibatkan lapisan protein dan minyak terkumpul.

Sumber; minyak ikan,  salmon, lobak merah, bayam, brokoli

VITAMIN E dan C
Kandungan antioksidan yang terkandung dalam 2 vitamin ini memberi kesan penenang kepada kulit. Juga membantu mencegah keradangan kulit yang sering mencetuskan jerawat.

Sumber Vitamin E; kentang, kekacang, minyal zaitun, avokado, brokoli, sayuran hijau

Sumber Vitamin C; oren, limau gedang, lemon, betik, tomato

ZINC
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai masalah jerawat mempunyai kandungan zinc yang rendah. Zinc berfungsi mencegah jerawat dengan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai didiami jerawat. Malah ia juga membantu meredakan keradangan kulit.

Sumber; daging, kacang badam, kacang brazil, bijian gandum

OMEGA 3
Asid Omega 3 berfungsi menghalang penghasilan molekul tertentu yang mencetuskan keradangan kulit yang mampu menimbulkan jerawat. Juga bertidak sebagai penyokong proses penghasilan kulit baru.

Sumber; ikan salmon, kacang walnut, minyak bijan fleks, biji bunga matahari, badam

AIR
Air berfungsi melembabkan kulit dalam mengekekalkan kesihatan kulit secara optima. Air juga membantu menyingkirkan toksik berlebihan yang mana toksik yang berlebihan adalah antara faktor penyebab kulit kusan dan bermasalah. Malah air juga membantu melambatkan proses penuaan kulit.

SELENIUM
Ia adalah antioksidan yang kuat yang mampu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas. Juga terdapat kajian yang meyatakan pengambilan selenium bersama vitamin E dapat mengurangi masalah jerawat.

Sumber; ikan salmon, tuna, bawang putih, kacang brazil, telur, beras perang

mamadhiya
sharing is caring
(^_^)

No comments:

Post a Comment