Friday, 16 August 2013

HIJAU SEMEMANGNYA YANG TERBAIK!

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Siapa penggemar brokoli? Brokoli adalah sayur kegemaran saya dan suami. Cara paling mudah adalah brokoli digoreng besama udang. Tetapi jangan terlalu lama kerana khasiatnya berkurang dan rasanya juga menjadi tidak enak.

KELEBIHAN YANG BROKOLI BERIKAN KEPADA PENGGEMARNYA;

1. Sangat baik untuk membantu mencegah kanser kerana mengandungi antioksida yang kuat dan juga mengadungi anti-karsinogen yang dapat menghalang pertumbuhan kanser payudara, kanser servik dan kanser prostat.

2. 1 cawan brokoli = 1 cawan nasi atau jagung, jadi kandungan proteinnya juga sama tetapi beza adalah dari segi kandungan kalori. Iaitu 1 cawan borokoli hanya mempunyai setengah kalori berbanding 1 cawan nasi atau jagung. Jadi kalori yang sedikit lebih mudah digunakan berbanding kalori yang banyak .

3. Brokoli juga menggalakkan kesihatan imunisasi. 1 cawan brokoli mengandungi beta carotene yang tinggi, zink dan selenium yang membantu kekuatan sistem imunisasi.



4. Mencegah kecacatan fetus kerana brokoli mengandungi 94mcg asid folik dan vitamin B yang baik untuk pertumbuhan fetus yang sihat.

5. Malah juga berperanan untuk melawan diabetis kerana mengandungi serat yang tinggi tetapi kandungan gula yang rendah.

6. Membantu melawan penyakit jantung.

7. Mengandungi kalsium yang lebih banyak berbanding produk tenusu serta Vitamin K untuk menguatkan tulang dan mengelakkan osteoporosis.

8. Mampu mengatur tekanan darah kerana mengandungi potassium, magnessium dan    kalsium.

9. Menghalang kesejukan. Vitamin c juga adalah antioksida dan anti inflamasi yang membantu mengelakkan simptom-simptom kesejukan.

10. Bagus untuk kesihatan lelaki kerana mampu meningkatkan hormon testosteron dan mencegah kanser pundi kencing.

Amalkan pemakanan sihat.

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920

No comments:

Post a Comment