Tuesday, 27 August 2013

SAKIT PENGHAPUS DOSA

Alhamdulillah masih bernafas dan kembali sihat.

Walaupun hanya sakit kepala, habis semua perancangan tergendala. Saya bercadang untuk mencuci baju yang semakin menggunung apabila pulang dari sekolah hari ini. Tetapi memandangkan sakit kepala sudah bermula semasa mesyuarat di sekolah lagi, maka saya mengambil keputusan untuk rehat sahaja hari ini.

Alhamdulillah, suami saya pulang awal dan telah menguruskan kain yang menggunung tersebut. Jadi setelah menelan B-Complex SHAKLEE saya pun merehatkan diri, tetapi sakit kepala makin teruk. Sebenarnya saya tidak makan tegah hari hari ini, jadi memang sakit kepala akan menyerang. Suami saya belikan nasi goreng, kemudian saya tidur.  Alhamdulillah sakit kepala berkurang. 

Saya sebolehnya tidak mahu mengambil ubat tahan sakit, dan lebih kepada memilih suplemen yang semulajadi yang tidak meninggalkan toksin dalam badan. Alhamdulillah, saya semakin pulih dengan izin Allah.

Walaupun aktiviti perniagaan kecil saya juga tergendala, saya pasti ada hikmah disebaliknya. Dan ingatlah bahawa sakit juga salah satu penghapus dosa. Alhamdulillah, syukur pada Allah.

mamadhiya
sihat adalah kekayaan

mazlen | 0139334920

No comments:

Post a Comment