TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Jantung adalah salah satu organ penting dalam tubuh kita. Tapi tahukan bagaimana untuk memelihara kesihatan organ tersebut. Di sini saya kongsikan bagaimana cara menjaga kesihatan jantung agar kesihatan kita tidak terjejas dan dapat menjalani hidup dengan lebih sihat.
1. Perbanyakkan kegiatan spiritual seperti menghadiri kegiatan keagamaan dan meditasi. Kegiatan seperti ini dikatakan dapat menormalkan denyutan jantung dan dapat mengurangkan stress. Dan satu lagi aktiviti adalah lakukan aktiviti kreatif yang diminati seperti melukis, mewarna atau apa-apa sahaja yang dapat mengekpresikan diri.
2. Menahan marah; marah boleh menyebabkan pembuluh darah mengecil dan seterusnya menyebabkan jantung berdegup kencang, serta mengentalkan dan menggumpalkan darah. Jadi cuba kawal perasaan marah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan jauhi perkara yang menyebabkan kemarahan yang terjadi.
3. Fokus pada satu pekerjaan sahaja; Jangan melakukan banyak perkara dalam satu masa, cuba lakukan kerja dengan teratur iaitu melakukan satu perkara sahaja dalam satu masa.
4. Hindari menonton berita-berita atau cerita-cerita yang tidak baik supaya suasana hati akan jadi lebih tenang dan baik.
5. Mengawal perasaan; lebihkan kepada kegembiraan dan ketawa kerana pembuluh darah akan relax dan meningkatkan aliran darah kepada 25%.
6. Tidur yang cukup. Menurut Marwick Mdical School, wanita yang tidur 5 jam atau kurang dalam sehari berisiko 2 kali ganda akan menghidapi hipertensi daripada mereka yang tidur 7 jam atau lebih.
7. Mendengar muzik yang menenangkan juga dapat melebarkan arteri.
Kita hanya ada satu jantung, sayangi jantung kita.
Klik DI SINI untuk melihat produk untuk kesihatan jantung
mamadhiya
sihat adalah kekayaan
mazlen | 0139334920
No comments:
Post a Comment