Thursday, 19 September 2013

JEMAAH HAJI 2013

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Alhamdulillah, mak dan abah dapat jemputan untuk ke tanah suci. Semalam kami adik beradik pergi menghantar mak dan abah ke Kelana Jaya sahaja kerana mereka akan bertolak menaiki bas ke Lapangan Terbang. 

Mak dan abah akan dijangka pulang pada 5 November 2012, sangat lama bagi kami disini yang menunggu kepulangan mereka. Abah sebenarnya mendapat peluang kedua menunaikan haji secara percuma kerana pernah berkhidmat dengan tabung haji. Kali pertama abah dapat kesana kerana bertugas disana sebagai kakitangan Tabung Haji. 

Sangat bertuah bagi mereka yang bekerja dengan Tabung Haji, mendapat peluang bertugas di Tanah Suci seterusnya dapat menunaikan Haji. Begitu juga dengan kakak dan kakak ipar saya, kedua-duanya telah menjejakkan kaki disana.

Alhamdulillah, semoga mak dan abah sihat dan dapat menunaikan haji dengan sempurna. 




No comments:

Post a Comment