Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen dirasai oleh semua warga Malaysia. Walaupun ada di antara kita yang hanya menggunakan basikal, tetapi tetap merasai kesan kenaikan harga minyak tersebut.
Minyak adalah medium utama dalam pengangkutan, bukan sahaja untuk kenderaan persendirian, malah sangat penting dalam bidang makanan, ekonomi dan perniagaan. Mari kita lihat dari segi harga makanan. Apabila harga minyak meningkat, kos untuk pengangkutannya dari satu tempat juga akan meningkat, dari situlah akan berlaku kenaikan harga makanan dan mereka yang menaiki basikal juga tetap terkena tempiasnya.
Apabila harga kos bahan makanan tersebut meningkat, peniaga atau pengusaha makanan akan cuba meminimakan bahan dan mungkin menggunakan bahan yang kurang berkualiti yang lebih murah untuk makanan yang dijual agar dapat memastikan harga makanan masih terkawal dan tidak terlalu mahal.
Di sinilah kita sebagai pengguna akan mendapat kesannya. Ini adalah salah satu impak yang kecil bagi kita semua. Jadi kita sebagai pengguna perlu memilih perlu mencari alternatif yang lebih baik untuk makanan yang sihat untuk diri dan keluarga. Kesihatan sangat penting dan cubalah mengambil makanan tambahan agar kesihatan masih terpelihara. Pilihan di tangan kita.
mamadhiyazahraa
sharing is caring
No comments:
Post a Comment