Wednesday 25 September 2013

KHASIAT LOBAK UNGU

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Lobak ungu memang bukan kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia. Lobak ungu ini adalah sumber terbaik VITAMIN A dan mengandungi PHYTOKIMIA  termasuk CAROTENOID, PHENOLIC, POLYACETYLENES, ISOCOUMARINS dan SESQUITERPENES.

Lobak ungu juga mengandungi ANTHOCYANINS iaitu antioksida yang mustajab. dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Anthocyanins adalah antioksida utama dalam lobak ungu-kuning dan ungu oren, tetapi kandungan antioksidan yang paling tinggi wujud dalam lobak ungu-kuning.



Dan asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid klorogenik inilah yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Untuk mengetahui produkyang mengandungi khasiat LOBAK UNGU, KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment