Thursday, 26 September 2013

BUAH OREN UNTUK IBU HAMIL

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Buah oren, warnanya juga oren. Bukan sekadar cantik dipandang dan sedap dinikmati, malah mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Juga bukan sekadar untuk ibu hamil, untuk yang tidak hamil jugamemerlukan khasiatnya. Walaubagaimanapun, ibu hamil lebih diutamakan kerana mereka terlalu istimewa.

Di sini saya kongsikan beberapa manfaat yang diberikan oleh buah oren kepada kita apabila kita menikmatinya;

1. Membantu masalah sembelit; Oren adalah buah yang dikenali denga sifat asidnya, mempunyai kesan baik atau kesan alkali kepada sistem pencernaan kita, ia merangsang enzim pencernaan seterusnya melegakan sembelit.

2. Menguatkan sistem imunisasi; Polyphenol yang terdapat dalam buah oren adalah sejenis antioksida yang mana mengurangkan radang dan mempunya kecekapan untuk memerangi serangan virus dan bakteria.

3. Menghalang Arteriosclerosis; Arteriosclerosis adalah pengerasan yang berlaku pada arteri (salur darah), jadi vitamin C dalam buah oren jika diambil secara konsisten akan membantu melambatkan proses arteriosclerosis tersebut.

4. Memperbaiki kerosakan sperma; Buah oren yang kaya dengan vitamin C juga dipercayai dapat melindungi sperma daripada kerosakan genetik yang mana bolh  menyebabkan kecacatan pada janin.



5. Membantu memperbaiki 'mood'; Buah oren jiga mengandungi B6 yang juga dikenali sebagai vitamin 'mood' yang mana bertindak dalam otak untuk menghasilkan serotonin. Dimana serotonin inilah yang membantu kita rasa gembira.

6. Menyihatkan tulang; Buah oren juga adalah salah satu sumber magnesium. Magnesium adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dalam badan secara optimum. Jadi sebab itulah ia dikatakan menguatkan tulang dan gigi.

7. Membantu melawan kanser; Buah buahan citrus mengandungi bahan yang dipanggil limonoids. Limonoids inilah yang melawan kanser yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi kerosakan  sel-sel DNA.

8. Membantu menghalang tekanan darah tinggi; Buah oren mengandungi potassium dan bebas sodium yang menyokong sistem pengaliran darah dalam badan kita. Jadi untuk mengurangkan tekanan darah, singkirkan semua sodium dalam makanan yang dproses dan tingkatkan pengambilan potassium dari buah-buahan.

Sedikit info untuk dikongsi bersama;

mazlen | 0139334920

mamadhiya
sihat adalah kaya

No comments:

Post a Comment