Kahak, jika orang dewasa mungkin tidak terlalu sukar untuk membuangnya, tetapi jika kanak-kanak, ia sangat sukar dikeluarkan kerana masih belum tahu caranya bagaimana.
Apabila berlakunya demam atau batuk atau selsema, ia bermakna sistem pertahanan kita sedang diserang dan berada dalam keadaan yang lemah. Jadi semasa keadaan ini berlaku, salah satu keperluan penting yang diperlukan oleh badan adalah antioksida. Antioksida diperlukan untuk membantu penyembuhan badan dan melindungi daripada jangkitan daripada penghasilan kahak.
Antioksida yang bagus adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan sihat.
Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida yang dapat membantu mengurangkan penghasilan kahak adalah bawang besar, lada benggala, sayuran hijau, lemon, brokoli, bawang putih, tomato, kiwi dan lain-lain lagi.
Manakala sayur atau buah yang perlu dielakkan adalah kobis, kentang dan pisang, kerana dipercayai kan meningkatkan penghasilan kahak.
Untuk mendapatkan produk ANTIOKSIDA SHAKLEE sila KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment