Thursday, 21 November 2013

MELATIH ANAK SUKA MAKAN SAYUR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sayur ibarat racun bagi kanak-kanak. Pantang nampak sayur, terus terbantut selera mereka.

Seawal 6 bulan, anak-anak kita sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal seperti sayur, buah-buahan, nasi dan lain-lain lagi. Tetapi makanan pepejal tersebut perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Salah satu kaedah untuk cuba untuk melatih anak suka akan sayur adalah dengan memperkenelakan sayur-sayuran terlebih dahulu daripada buah-buahan bermula usia mereka masih kecil. Kenapa? Dipercayai bahawa jika anak-anak diperkenalkan dengan rasa manis buah terlebih dahulu, mereka akan menolak rasa sayur.

Antara sayur-sayuran yang baik untuk anak-anak adalah

*Saleri - saleri biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sup atau bubur. Walaupun sekadar penambah perisa, sebenarnya saleri kaya dengan kalsium dan fosforus.

*Bayam - Samada bayam merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan vitamin A(betakarotein), B, C, asam folat, fosforus, mangan dan zat besi yang bagus untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak.

*Labu siam - juga kaya dengan kalsium dan fosforus

*gambar hiasan*


*Brokoli - Hijau dan sedap bukan. Ia kaya dengan kalsium dan asam folat.

*Tomato - Warnanya sangat menarik dan daripada warnanya kita boleh mengagak bahawa ia kaya dengan vitamin c dan likopen(sejenis antioksida)

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititikberatkan. Badan dan minda yang sihat bermula dengan makanan yang baik.

We SHARE because we CARE

Untuk maklumat makanan tambahan yang berkualiti untuk anak-anak kita sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920




1 comment:

  1. erk.. nak tanya pendapat.. macam mana ye nak didik anak makan sayur... umur dah 2 tahun setengah.. adeih.. rasa macam dah terlambat je...

    ReplyDelete