Sekadar ingin berkongsi cerita dan pendapat.
Saya bukan lah pandai dalan hal membina rumah atau pun hiasan rumah. Apa yang saya tahu, setiap individu perlukan rumah kan. Dan kita mempunyai pilihan sama ada rumah teres, bunglo atau bertingkat-tingkat.
Dahulu saya pernah berbual dengan seorang kawan tentang pilihan jenis kediaman yang ingin dibeli ataupun dibina.
Saya lebih selesa rumah setingkat sahaja manakala kawan saya memilih yang bertingkat-tingkat. Alasan saya adalah kerana tidak sukan akan tangga dalam rumah yang menghubungkan satu ruang dengan ruang yang lain, juga lebih kepada masalah kesihatan orang-orang tua terutama apabila mengalami sakit lutut.
Dan alasan pilihan untuk rumah bertingkat oleh kawan saya adalah dari segi reka bentuknya, ia dikatakan lebih gah dipandang, jika lihat dari luar pagar ia kelihatan tersergam indah.
Ini baru pendapat kami berdua, apa pula pandangan ada, jika tidak keberatan tinggalkan pendapat anda di sini.
sekian terima kasih
hi, saya pula lebih suka rumah setingkat. senang kemas dan tak penat. tapi apakan daya, terpaksa juga beli rumah dua tingkat akhirnya..
ReplyDeletesama seperti saya.. sis bl rumah kt mana?
ReplyDelete