Wednesday, 11 December 2013

CARA MENJIMATKAN PENGGUNAAN CAWAN ATAU GELAS DIRUMAH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Pengedar Shaklee Kerayong, Bera, Triang, Temerloh, Mentakab dan seluruh Malaysia

Pernahkah anda mempunyai pengalaman cawan atau gelas berderet di atas kabinet, meja atau sinki ? Biasanya rumah yang mempunyai ramai ahli keluarga atau anak cucu yang balik ke kampung. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, apabila penat bermain, singgah di dapur, minum seteguk air seterusnya cawan atau gelas ditinggalkan sahaja di mana-mana tanpa mencucinya. Dan keadaan ini berulang, mungkin dalam selang satu jam, kerana mereka akan gunakan cawan atau gelas yang berlainan. Apabila kita sedari, cawan atau gelas sudah berderet-deret di atas meja atau sinki tanpa di cuci.

Apa yang mahu kongsikan adalah, cara untuk mengurangkan kadar penggunaan cawan atau gelas oleh golongan ini. Boleh dipraktikan di mana-mana, walaupun rumah yang mempunyai ahli keluarga yang kecil. Caranya adalah dengan membekalkan bekas air atau botol air untuk setiap ahli kelurga. Maka setiap individu mempunyai satu botol air masak yang berukuran 500 ml. Jadi mereka yang suka minum air hanya perlu minum dari botol masing-masing, apabila kehabisan air di dalam botol tersebut, isikan semula air. Maka penggunaan cawan atau gelas serta kadar untuk mencuci cawan atau gelas dapat dikurangkan.

*Untuk pengamal suplemen SHAKLEE, anda dinasihatkan mengambil air masak sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter sehari.

Mari kita cuba praktikan dan lihat hasilnya. Selamat mencuba.

Untuk mendapatkan suplemen Shaklee dengan harga berbaloi atau mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE, sila hubungi saya

Nurmazlen 0139334920
call,sms,whatsapp

No comments:

Post a Comment