Friday 18 April 2014

VITAMIN C, E DAN D UNTUK MASALAH JERAWAT

Seperti yang kita ketahui, ramai yang mengambil vitamin C dan vitamin E untuk mencantikkan kulit. Dalam erti kata lain kedua-dua vitamin ini sangat sinonim untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Cuma kesannya tidak sama untuk setiap individu, ada diantara kita mendapat kesan yang cepat ada yang lambat. Walaubagaimanapun, pengambilan Vitamin dengan tujuan untuk kulit yang cantik adalah sangat-sangat bagus, kerana Vitamin bukan sahaja membantu mendapatkan kulit yang cantik malah juga menyumbang kepada tubuh badan yang lebih sihat.

VITAMIN C

Vitamin C atau ascorbic acid  yang boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, hati mentah, susu dan tiram. Vitamin C adalah vitamin larut air serta Vitamin antioksida yang sangat bagus yang mana ia terlibat dalam proses pembentukan kolagen.

Vitamin C sangat berguna sebagai antioksida dalam rawatan masalah jerawat. Ia melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada radikal-radikal bebas serta melindungi kulit melalui penghasilan kolagen yang stabil. Malah ia dapat menghalang pigmentasi dan dapat membantu menyingkirkan parut jerawat. Dan satu lagi kelebihan vitamin C adalah dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari.

VITAMIN E

Vitamin E adalah vitamin antioksida yang sangat kuat. Ia mampu mnyingkirkan oksigen-oksigen reaktif    yang dihasilkan semasa metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam memperbaharui tisu-tisu kulit terutama akibat daripada luka.

Vitamin E boleh ditemui dalam kandungan minyak bunga matahari, minyak safflower, gandum, sayuran hijau, badam, hazelnut dan minyak kelapa sawit.

Vitamin E membantu masalah jerawat adalah dengan kesan antioksidanya kerana ia adalah antioksida yang sangat kuat.

VITAMIN D

Juga dikenali dengan Vitamin cahaya matahari kerana ia disintesiskan di dalam kulit daripada kolestrol apabila terdedah kepada cahaya matahari. Sumber Vitamin D2 adalah daripada cendawan dan alfafa manakala Vitamin D3 pula daripada telur, hati dan ikan yang berminyak.

Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam merawat jerawat. Yang pertamanya adalah menghalang pembaharuan kelenjar 'sebaceous'. Dimana ia menghalang pengembangan kelenjar tersebut seterusnya mengurangkan penghasilan sebum.

Keduanya adalah, Vitamin D bertindak sebagai agen anti-infalamasi jika diambil dalam dos yang betul.

Yang ketiga, ia juga menghasilkan kesan antimicrobial melalui kumpulan agen antibakteria yang dipanggil 'cathelicidins'.

Dan yang terakhir, Vitamin D juga adalah antioksida yang   boleh melindungi kulit daripada tekanan 'oxidative'.


Jadi rawatan kulit menggunakan Vitamin sangat digalakkan berbanding penggunaan kosmetik yang menghakis dan merosakkan kulit. Walaupun kesan menggunakan kosmetik sangat cepat, kita juga perlu sedari bahawa kerosakan kulit yang dialami juga adalah sangat pantas.


Untuk mendapatkan produk Shaklee yang sah, sila hubungi saya

mazlin 0139334920

cod sekitar Bera, Triang dan Temerloh

No comments:

Post a Comment