Thursday 17 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B6, B7, B12

Masih berkisar tentang vitamin yang bagus untuk mencegah dan membantu masalah jerawat. Sebenarnya bukan sahaja VITAMIN B5 yang dapat membantu masalah jerawat, malah Vitamin B6, B7 dan B12 juga turut menyumbang kearah kulit yang lebih cantik dan sihat.

VITAMIN B6

Secara umumnya diperlukan oleh tubuh badan untuk pernyataan genetik, proses sintesis tindak balas alahan dan nerotrasmiter, metabolisme lipid, penukaran glikogen kepada glukosa serta pembentukan hemoglobin.

B6 membantu masalah jerawat dari segi mengawal kandungan hormon dan perlepasan prostaglandin. Juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan prostaglandin terhadap kecederaan kulit. B6 dipercayai boleh menghalang terhasilnya jerawat jika diambil dalam dos yang tinggi, tetapi kesan yang lebih baik jika diambil bersama Vitamin B12.

VITAMIN B7

Juga dikenali sebagai Biotin, Vitamin H atau Coenzim R. B7 boleh ditemui didalam telur kuning mentah, hati, kacang tanah, sayuran dan jagung. Fungsinya adalah untuk metabolisma lemak, mengawal kandungan gula dalam darah, pertumbuhan selular, dan sitesisi asid amino, valine serta isoleucine.

Walaubagaimanapun, terlalu sedikit kajian saintifik yang menyatakn kegunaannya dalam merawat masalah jerawat. Tetapi memandangkan ia terlibat dalam proses biokimia yang penting, maka ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana kekurangan biotin boleh menghasilkan simptom-simptom jerawat.

VITAMIN B12

Vitamin B12 juga dipanggil Cobalamin dan ia terkandung didalam telur, susu, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan, ayam dan itik.

Ia juga tidak memberi kesan secara langsung terhadap jerawat, tetapi ia terlibat dalam metabolisma selular, sintesis asid lemak dan penghasilan DNA. Jadi ia memainankan peranan penting dalam mengawal sistem imunisasi serta sistem indokrin.


Jadi, kesimpulannya, kandungan keluarga Vitamin B mempunyai kesan yang bagus untuk membantu masalah jerawat samada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin cara vitamin bertindak terhadap kulit tidak sepantas produk kosmetik, tetapi ia merawat dari dalam dengan cara yang lebih sihat dan selamat.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.

mazlen 0139334920

*COD sekitar Bera dan Temerloh

No comments:

Post a Comment