Monday, 19 May 2014

CECAIR PENCUCI LANTAI SELAMAT UNTUK BAYI SEDANG MERANGKAK

Sebelum mengenali Shaklee, saya tercari-cari pencuci lantai yang organik atau pencuci lantai yang tidak mempunyai bahan toksik serta selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Memandangkan pada ketika itu anak saya masih dalam proses meniarap dan merangkak, juga mempunyai masalah yang sangat sensitif dengan persekitarannya dan mudah dijangkiti bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Jadi untuk mencuci lantai serta mainan memerlukan pencuci yang betul-betul selamat agar bahan toksik dalam bahan pencuci juga tidak menjejaskan kesihatannya.

Setelah berkenalan dengan Basic H shaklee, saya sangat berpuas hati bukan kerana saya pengedar shaklee tetapi kerana kandungannya yang mesra alam serta sangat menjimatkan. Cuba anda bayangkan, sebotol Basic H hanya mempunyai kandungan sebanyak 16 auns atau 0.0295735296875 liter boleh dicairkan dengan 48 gelen air atau 181.6997664 liter air. Bukankah ia sangat menjimatkan? Sebotol Basic H boleh tahan sangat lama hanya dengan harga RM46. Betul, Basic H nampak mahal berbanding dengan pencuci lantai lai dipasaran, tetapi menggunakannya sehingga hampir setahun bukankah ia berbaloi?

Bukan sekadar berpuas hati dengan kepekatannya, ia bukan sekadar pencuci lantai, malah dikenali sebagai pencuci sebaguna untuk sebarang permukaan di  dalam dan di luar rumah. Contohnya dinding, jubin, periuk, besen, pinggan mangkuk, perabot dan macam-macam lagi.

Cara penggunaan Basic H untuk hasil yang memuaskan


  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, garanit,marmar dan bilik mandi - Campurkan satu perempat sudu teh dengan lebih kurang 0.4732 liter air
  • Periuk, besen, pinggan mangkuk - campurkan setengah sudu teh dengan 3.7854 liter air
  • Tingkap dan cermin - Campurkan 1-2 titik dengan 0.4732 liter air
  • Lantai - Campurkan 1 sudu teh dengan 3.7854 litter air
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi - campurkan setengah sudu teh dengan sebesen air suam.

PENTING!!

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang meresap ke dalam bahagian badan melalui kulit atau sistem pernafasan. bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Amonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan

*PEKATAN PENCUCI SUPER ORGANIK BASIC H TIDAK MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN DIATAS MAHUPUN BAHAN-BAHAN BERBAHAYA YANG LAIN*




APA YANG MENARIKNYA BASIC H SHAKLEE?


  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • Ph seimbang
  • Tanpa klorin
  • Ramuan semulajadi diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot 
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Jadi apa tunggu lagi, bertukarlah kepada bahan pencuci yang lebih selamat untuk seisi keluarga. 

Untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya, saya sedia membantu anda

nurmazlen 0139334920
Cod around Triang dan Temerloh




No comments:

Post a Comment