Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE BERA. Show all posts
Showing posts with label PENGEDAR SHAKLEE BERA. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

VITAMIN UNTUK JERAWAT - VITAMIN B6, B7, B12

Masih berkisar tentang vitamin yang bagus untuk mencegah dan membantu masalah jerawat. Sebenarnya bukan sahaja VITAMIN B5 yang dapat membantu masalah jerawat, malah Vitamin B6, B7 dan B12 juga turut menyumbang kearah kulit yang lebih cantik dan sihat.

VITAMIN B6

Secara umumnya diperlukan oleh tubuh badan untuk pernyataan genetik, proses sintesis tindak balas alahan dan nerotrasmiter, metabolisme lipid, penukaran glikogen kepada glukosa serta pembentukan hemoglobin.

B6 membantu masalah jerawat dari segi mengawal kandungan hormon dan perlepasan prostaglandin. Juga membantu mengurangkan keradangan yang disebabkan prostaglandin terhadap kecederaan kulit. B6 dipercayai boleh menghalang terhasilnya jerawat jika diambil dalam dos yang tinggi, tetapi kesan yang lebih baik jika diambil bersama Vitamin B12.

VITAMIN B7

Juga dikenali sebagai Biotin, Vitamin H atau Coenzim R. B7 boleh ditemui didalam telur kuning mentah, hati, kacang tanah, sayuran dan jagung. Fungsinya adalah untuk metabolisma lemak, mengawal kandungan gula dalam darah, pertumbuhan selular, dan sitesisi asid amino, valine serta isoleucine.

Walaubagaimanapun, terlalu sedikit kajian saintifik yang menyatakn kegunaannya dalam merawat masalah jerawat. Tetapi memandangkan ia terlibat dalam proses biokimia yang penting, maka ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan kulit. Ini kerana kekurangan biotin boleh menghasilkan simptom-simptom jerawat.

VITAMIN B12

Vitamin B12 juga dipanggil Cobalamin dan ia terkandung didalam telur, susu, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan, ayam dan itik.

Ia juga tidak memberi kesan secara langsung terhadap jerawat, tetapi ia terlibat dalam metabolisma selular, sintesis asid lemak dan penghasilan DNA. Jadi ia memainankan peranan penting dalam mengawal sistem imunisasi serta sistem indokrin.


Jadi, kesimpulannya, kandungan keluarga Vitamin B mempunyai kesan yang bagus untuk membantu masalah jerawat samada secara langsung atau tidak langsung. Mungkin cara vitamin bertindak terhadap kulit tidak sepantas produk kosmetik, tetapi ia merawat dari dalam dengan cara yang lebih sihat dan selamat.


Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya.

mazlen 0139334920

*COD sekitar Bera dan Temerloh

Thursday, 10 April 2014

KELEBIHAN ZINK UNTUK TUBUH BADAN

Zink adalah salah satu sumber mineral yang juga diperlukan oleh tubuh badan. Walaupun ia tidak sepopular Vitamin C, Zink sebenarnya memainkan banyak peranan dalam tubuh kita. Tidak popular tidak bermakna ia tidak perlu diendahkan.

Zink diperlukan oleh tubuh badan kita untuk meng 'catalize' kan hampir 100 jus enzim. Malah zink memainkan peranan penting dalam fungsi imunisasi, sintesis protein, penyembuhan luka, sintesis DNA dan pembahagian sel dalam tubuh kita.

Selain itu Zink juga membantu pertumbuhan anak yang sihat semasa hamil, kanak-kanak dan remaja. Bukan itu sahaja Zink turut diperlukan dalam sistem deria rasa dan bau.

Kita perlu mengambil Zink setiap hari daripada sumber makanan kerana badan kita tidak mempunyai kelebihan untuk menyimpan Zink.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan Zink Complex Shaklee yang hebat!

mazlen 0139334920


Friday, 14 February 2014

SUPLEMEN UNTUK SENDI YANG SIHAT , ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Apakah perbezaan antaran sendi yang sihat dan sendi yang stress?

SENDI YANG STRESS

Sendi yang stress mempunyai keadaan seperti berikut;
- Mempunyai rawan yang lemah dan rapuh
- Tisu penghubung sekeliling terurai
- Geseran berlaku antara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan lalu seterusnya menyebabkan ketidakselesaan dan mobility yang terhad.

SENDI YANG SIHAT

*AJHT membantu sendi sihat dalam 3 cara
-  Meningkatkan cushioning-Glukosamin membantu memelihara rawan iaitu cushioning perlindungan antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas
- Memelihara tisu penghubung yang sihat; Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin c membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi
- Meningkatkan keselesaaan sendi; Ekstrak Bowellia pantaskan membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.

sakit sendi, sakit lutut, ajht
AJHT membantu dengan tiga cara


Untuk mendapatkan AJHT dengan harga yang berbali-baloi serta rundingan yang istimewa, sila hubungi saya

Nurmazlen 0139334920
Inafazlin 0199216076





Friday, 7 February 2014

MENU PENTING UNTUK TUMBESARAN KANAK-KANAK

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sebagai ibu bapa, pemakanan anak-anak sangat perlu dititik berat kan. Pastikan Khasiat pemakanan bersumberkan bahan semulaji. Setiap makanan yang dimakan membekalkan pelbagai khasiat yang berbeza. Jadi dengan memberikan anak-anak kita pelbagai jenis makanan dalam satu masa, ia dapat membantu mereka mendapatkan kalori, lemak, vitamin, mineral yang cukup untuk tumbesaran mereka.

Kalsium juga sangat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Mereka memerlukan 800mg kalsium setiap hari. Jadi makanan yang mengandungi kalsium seperti seperti susu, keju dan dadih penting untuk mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga penting dalam membekalkan sumber vitamin A dan C.

Malah berikan mereka juga daging dan kekacang serta produk bijirin seperti roti dan bijirin penuh sebagai sumber zat besi, protein dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Jadi masalah yang timbul apabila, anak-anak kita tidak berselera atau terlalu memilih makanan. Kerana bimbang akan kekurangan zat yang diperlukan oleh badan mereka untuk tumbesaranyang sihat.
Jadi sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak, perlulah mencari alternatif untuk membantu keperluan tubuh badan mereka. Terdapat pelbagai suplemen di pasaran yang dapat membantu, jadi pilih yang terbaik untuk mereka.

Untuk mendapatkan produk Shaklee sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp

inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp(Tbg Haji Temerloh)

Monday, 3 February 2014

CARA MENAIKKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Paras Hb yang rendah ketika hamil sememangnya membimbangkan. Ia akan membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.

Jadi antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mengekalkan paras Hb yang normal atau menaikkan paras Hb yang rendah adalah seperti berikut;

Ibu hamil disyorkan mengambil zat besi tambahan daripada makanan tambahan yang bersesuaian. 

Malah untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu di syorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencata.

Vitamin c juga disarankan semasa mengambil makanan berzat besi kerana Vitamin C dapat meningkatkan kadar serapan zat besi kepada tubuh. Tetapi teh dan kopi perlu dielakkan semasa pengambilan zat besi kerana ia akan menghalang penyerapan zat besi. Jika mahu juga mengambil teh atau kopi, ia boleh diambil satu atau 2 jam sebelum mengambil makanan berzat besi.

Pengambilan kalsium sama ada dalam bentuk suplemen atau susu juga penting semasa hamil, tetapi ia perlu diambil secara berasingan daripada zat besi untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, wanita perlu terus mengambil makanan yang kaya dengan zat besi atau makanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Jadi keperluan zat besi dalam tubuh tidak boleh dipandang remeh. 

Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan istimewa, sila hubungi saya;

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216067 call/sms/whatsapp--Tbg Hj Temerloh




Sunday, 2 February 2014

KEPENTINGAN ZAT BESI KEPADA IBU MENGANDUNG

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Mengapa zat besi terlalu dititik beratkan semasa hamil? Apakah kepentingannya? Haruskah dipandang remeh? 

Kekurangan zat besi pada wanita hamil akan menyebabkan berlakunya anemia, iaitu kepekatan darah yang rendah (Hb). Wanita mengandung memerlukan 50% lebih banyakzat besi berbanding wanita biasa. Biasana mereka adalah wanita yang pernah disahkan mengidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan anak, wanta yang telah melahirkan anak beberapa kali serata wanitayang senag menyusukan bayi.

Wanita yang mengalami anemia akan kelihatan pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju. Malah bagu wanita hamil, mereka berisiko untuk keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta kebarangkalian yang tinggi untuk ibu meninggal dunia.

Jadi untuk mengesan samada kita mengalami anemia atau tidak, Pemeriksaan boleh dilakukan di klinik atau hospital yang mana dapat mengesan tahap hemoglobin dalam darah semasa ujian darah.

Untuk membantu membantu gejala anemia ini, kita disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tahu. Tetapi kebiasaanya doktor akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Jadi sebagai pengguna  yang bijak memilih, pilihlah produk makanan tambahan zat besi dari sumber yang bagus, jika tidak usaha yang kita lakukan akan sia-sia.


Untuk mendapatkan produk shaklee dan rundingan secara eksklusif, sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 call/sms/whatsapp
inafazlin 0199216076 call/sms/whatsapp (temerloh/tbg haji temerloh)


Friday, 31 January 2014

PROMOSI FEBRUARI, VITALEA SHAKLEE YANG HEBAT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE BERA, KERAYONG, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG SERTA SELURUH MALAYSIA

Asslamualaikum, February bermula pada tahun ini dengan Promosi VITALEA SHAKLEE yang sangat berbaloi-baloi. VITALEA SHAKLEE adalah multivitamin dan multimineral yang sangat bagus untuk tubuh badan kita. Dilengkapi juga dengan iron untuk membantu kesihatan tubuh secara optimum.

Malah sangat mudah larut dan diserap oleh badan. Nampak seperti sangat keras, sebenarnya ia bukan lah seperti kerak nasi, malah lagi mudah larut berbanding kerak nasi yang hanya menjadi lembut bila direndam dengan air. Disebabkan sifatnya yang sangat mudah larut itulah, ia mudah diserap oleh tubuh badan berbanding multivitamin dari jenama lain. 

Dengan harganya yang sangat murah pada bulan ini, dan tahan sehingga 4 bulan jika seorang individu mengambilnya secara konsisten, kos untuk sebulan tidak mencecah RM20. Sangat murah bukan. Untuk kesihatan, RM20 itu mahalkah? terpulang kepada pendapat masing-masing.

VITALEA SHAKLEE sangat dikenali oleh ibu mengandung, ibu berpantang, ibu menyusu, ibu bapa bekerjaya, pelajardan warga emas. Memberikan nutrien yang lengkap serta membantu memberi tenaga kepada tubuh badan. Untuk mengetahui dengan lebuh lanjut tentang VITALEA SHAKLEE sila KLIK DISINI

Untuk mendapatkn harga yang berbaloi serta rundingan secara eksklusif sila hubungi saya

nurmazlen 0139334920 sms/call/whatsapp

atau

inafazlin 0199216076-TEMERLOH

Wednesday, 29 January 2014

VITAMIN ATAU SUPLEMEN UNTUK GOUT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB PAHANG

GOUT sejenis penyakit yang menyerang sendi yang disebabakan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh bada manusia. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein atau purin.Sistem perkumuhan kita akan membuang bahan kumuh ini melalui air kencing, tetapi jika ia berlebihan dan tidak dapat dikeluarkan maka ia akan terkumpul di sendi-sendi lalu menyebabkan gout.

Malah jika buah pinggang tidak lagi berada pada kesihatan yang optimum, tubuh akan menjadi kurang efisyen untuk menyingkirkan asid urik yang berlebihan. Buah pinggang adalah organ yang sangat penting dalam sistem perkumuhan kita, diamana ia berfungsi untukmenyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Tetapi dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi dengan baik akibat daripada;

  • Pengambilan ubat-ubatan yang berunsurkan 'drug'
  • Stress atau tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Jadi, selain daripada rawatan dan ubatan daripada doktor, pesakit gout boleh mengambil beberapa suplemen atau vitamin sebagai salah satu ikhtiar untuk penyakit tersebut.

ALFAFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengamal alfafa memerlukan pengambilan air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

PERFORMANCE DRINK - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfafa sebagai detox di atas.

OMEGA GUARD - Mengelakkan keradangan sendi.

Untuk mendapatkan vitamin ini, sila hubungi saya

mazlen 0139334920 sms/whatsapp/call
facebook nurmazlen

Monday, 16 December 2013

KEGAGALAN MEMBUANG LEMAK DI PERUT

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Sering kali kita duhantui kegagalan untuk menghapuskan segala lemak diperut. Mesti ramai diantara kita yang telah cuba pelbagai kaedah untuk mengurangkan inci pada bahagian perut, walaubagaimanapun hanya sebahagaian kecil daripada kita yang berjaya. Apa rahsia mereka agaknya?

Apa kata kita lihat beberapa punca kenapa usaha-usaha kita gagal? 

Yang pertama adalah TIDAK RUTIN. Lemak diperut adalah lemak yang sangat degil maka ia tak akan hilang jika tiada senaman atau diet yang betul secara rutin. Jadi apa kata kita cuba semula untuk disiplinkan senaman dan diet yang sihat agar lemak-lemak degil dapat dikurangkan.

Keduanya pula adalah SENAMAN YANG TIDAK PELBAGAI. Memang sukar bagi kita untuk mempelbagaikan cara kita bersenam. Apabila kita selesa dengan satu senaman, kita akan lakukan senaman tersebut sahaja setiap hari. Sebenarnya kita perlu pelbagaikan cara senaman agar pengurangan lemak di bahagian badan menjadi lebih seimbang.

TIDAK BERDISIPLIN juga punca masalah  lemak diperut lambat dapat dikurangkan. Cuba amalkan senaman secara berdisiplin.

BANYAK MAKAN. Apabila sudah melakukan senaman tidak bererti kita boleh makan sesuka hati. Jadi pilih makanan yang berkahsiat dan sihat agar senaman yang dilakukan tidak sia-sia.

Dan yang paling penting jangan amalkan DIET TIDAK SIHAT. Pastikan diet yang diamalkan sihat dan tidak memudaratkan. Jangan terlalu drastik kerana diet yang ekstrim memang akan menunjukkan kesan kurus yang cepat tetapi boleh memuaratkan kesihatan.

Jadi mari sama-sama kita berusaha mengurangkan lemak diperut secara sihat.

Untuk mendapat produk diet shaklee yang sihat sila hubungi saya

nurmazlen mohd johar

Sunday, 8 December 2013

PROMOSI DISEMBER OMEGA GUARD SHAKLEE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Untuk pengetahuan para pelanggan Shaklee, bulan ini adalah promosi Omega guard yang sangat hot. 

Kerana semua lapisan usia memerlukannya, bermula dari janin di dalam rahim ibu sehinggalah warga emas.

Porpula dengan kandunga DHA yang tinggi, sangat ptg untuk kesihatan otak yang optimum. Malah bukan itu sahaja ia juga membantu kesihatan jantung, pesakit deabetes dan juga kesihatan sendi serta pengurusan berat badan.



Sesuai dijadikan hadiah kepada yang tersayang. Malah ada yang telah menjadikan suplemen Shaklee sebagai hantaran perkahwinan. Kesimpulannya, ramai yang sudah menyedari kepentingan suplemen untuk kesihatan.

Untuk mendapatkan harga yang yang BERBALOI dan PENGHANTARAN PERCUMA, sila hubungi saya;

mazlen 0139334920

sihat adalah kekayaan