Friday, 12 July 2013

SAYA adalah siapa?

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Jom berkenalan;

Nurmazlen Mohd Johar bermasud saya adalah seorang perempuan la kan. Jangan keliru, ejaan itu memang agak mengelirukan. Abaikan sahaja.

Saya berasal dari Temerloh Pahang dan sekarang menetap dan bekerja di Bera iaitu salah satu daerah di negeri Pahang. Bera dan Temerloh adalah daerah yang bersebelahan sahaja. Ini tahun kedua saya  berada di daerah ini setelah merantau ke Sabak Bernam 3 tahun dahulu sehinggalah Dhiya Zahraa dilahirkan. Ahamdulillah, rezeki anak, permohonan eg tukar kali yang ketiga diluluskan.

Saya bekerja disektor pendidikan, mengajar di Sekolah Kebangsaan Kerayong Bera. Bidang pendidikan yang sangat mencabar pada masa kini. Guru sekarang tidak lagi seperti guru pada suatu masa dahulu. Disebabkan itu saya mencuba dalam bidang perniagaan yang lebih fleksibel dan lebih menarik. Walaubagaimanapun profesyen perguruan saya masih diteruskan selagi khidmat saya diperlukan.

Saya telah berkahwin dengan Fadzley Zahhari sejak tahun 2011, baru je 2 tahun. Insan yang banyak memberi galakan dan dorongan dalam apa jua bidang yang saya minati. Segala keperluan diusahakan untuk memastikan saya berjaya dalam bidang perniagaan yang baru sahaja saya ceburi ini. In Shaa Allah suatu hari nanti saya akan berjaya, kalau bukan hari ini, esok, atau lusa tapi mungkin juga akan datang.

Saya mempunyai impian untuk menjadi WAHM. Kenapa? saya lebih suka menguruskan anak saya sendiri dan tidak perlu meninggalkan Dhiya untuk menghadiri kursus atau apa sahaja yang menyebabkan saya perlu meninggalkan Dhiya sehingga berhari-hari. Juga kerana semua aktiviti Shaklee, Dhiya boleh sertai sekali.hehe

Walau apapun, perjuangan masih diteruskan.

Wasslam.

No comments:

Post a Comment