Friday, 12 July 2013

Satu kerugian di bulan Ramadhan

Sedih dan stress bila sedar hampir pukul 6. Terlepas lagi sahur hari ni. Nak kata tak kunci jam, banyak dah alarm saya setkan. Baru berangan semalam nak goreng ikan untuk sahur, nampaknya jadi angan-angan mat jenin jela. 

Walaupun tak sahur, saya mesti positifkan diri, sabab hari ni nak kemas rumah yang tunggang langgang ni, rumah kecik je tapi tu pun tak terkemas. Agak-agak kalau jadi WAHM bersih rumah ni kot. Berangan sudah, kerja sekerat hari pun macam kerja sampi ke tengah malam, dah berapa lama lantai tak dimop. hehe

Sahur selain dari dapat pahala sunat, sebenarnya saya bimbang dengan kesihatan perut encik Fadzley, kerana dia mudah kena gastrik. Harap-harap hari ni gastrik tak menyerang perut nya. Amin.

Jom mengemas. Nak start dari mana ni? 
-kutip mainan
-basuh pinggan
-sapu sampah
-lap lantai
-basuh baju
-kemas bilik

Ala tak banyak mana pun kan. Positif, positif dan positif.



No comments:

Post a Comment