Friday, 12 July 2013

KEKUATAN, KEJAYAAN DAN KESIHATAN

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Hidup untuk dinikmati dengan kegembiraan dan kasih sayang Allah. Alangkah indahnya hidup dengan keredhaan Allah S.W.T kan.

Kenapa nak cari duit lebih sedangkan saya dan suami mempunyai pekerjaan tetap? Nak buat apa susahkan diri kehulu kehilir menguruskan bisness?
Terpulang pada pendapat individu masing-masing. Saya ada tujuan saya sendiri, bukan tak cukup dengan gaji seorang guru, tapi saya ingin membantu suami saya dalam perbelanjaan keluarga kami. Memang dia tak pernah minta, tapi sebagai seorang isteri sanggup kah melihat suami sahaja yang menanggung beban kewangan yang sangat besar pada masa kini. Saya memilih untuk hidup dengan lebih baik dan lebih selesa, so saya berusaha ke arah itu.

Anak adalah anugerah Allah S.W.T kepada kami, jadi untuk dhiya zahraa, saya mahu yang terbaik untukknya, mungkin ada yang kata pakai baju murah atau minum susu murah pun boleh sihat dan cerdik. Tapi bagi saya jika kita mampu memberi yang terbaik kepadanya, alangkah lebih baik. Bukan nak berbangga dengan keperluan yang mahal-mahal tetapi itulah impian kami..'lebih baik' adalah keutamaan kami. Mungkin juga saya dan suami tidak pernah merasai keperluan yang sempurna semasa kami dibesarkan, so Dhiya dan bakal adik-adiknya adalah tempat kami meng'qada kan nya kembali..hehe

Mak dan Ayah saya adalah pendorong saya untuk berniaga, walaupun mereka tak pernah suruh saya menjalankan perniagaan dan meminta apa-apa dari saya, tapi saya sedar bahawa apabila mereka lihat anaknya mampu hidup lebih baik daripada mereka dahulu, mereka juga akan berasa bahagia. Malah saya berasa bangga jika dapat membantu mereka dari segi kewangan atau apa sahaja keperluan mereka.   Apa yang saya ada, saya juga nak mereka juga ada. Itulah impian saya..

Dan yang paling penting ialah, masa untuk beribadat sentiasa ada. Pekerjaan yang dilakukan juga adalah satu ibadah tapi apabila duit sudah bekerja untuk kita, tak perlu lagi kita mengejar masa untuk melakukan kerja lebih masa. Badan pun tak letih dan kita akan lebih tenang untuk mengadap ALLH S.W.T.

'SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KAMI'

mazlenjohar | 0139334920
facebook nurmazlen

No comments:

Post a Comment