Monday, 15 July 2013

Kurang pahala puasa ku

Hmm sangat la stress dan tertekan apabila murid tak dapat jawab soalan senang. 1+7 pun tak tahu. Mereka yang tak sakit hati memang orang yang penyabar tapi saya cukup tak tahan hari ni, suara mengajar macam halilintar dah ni. Salah saya ke mereka tak pandai mengira. Sampai satu tahap saya biarkan sahaja mereka dahulu. takut nanti habis dikerjakan oleh saya nanti.

mereka sangat berbeza berbanding kelas pertama. Susah sangat nak fahan apa yang diajar, kadang terfikir apa yang ada dalam otak mereka sehingga susah sangat nak ingat apa yang diajar. Kalau esok saya tanya apa yang telah kita belajar hari ini pun mereka tak boleh nak bagi tahu. Latar belakang mereka berbeza-beza.

Nak je saya bagi makan omegaguard tapi takut plak kang ibu bapa kata saya bagi makan benda yang bukan-bukan. Ish tak tahu la, sampai bila saya mampu bertahan. Saya tahu mereka juga manusia yang perlukan pelajaran tapi dimanakah peranan ibu bapa dalam hal ini. Ada yang pergi sekolah dengan tiada sebarang alat tulis. Sekarang bukan bulan January tapi sekarang dah hampir menjelang akhir tahun, masih keadaan yang sama. Tiada perubahan.

Semoga Allah memberikan kesabaran untuk mendidil anak-anak bangsaku ini..

3 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Tu dia cikgu sudah naik hangin. Huhuhuh, sabar cikgu sabar. Saya doakan moga niat murni cikgu Mazlen mendidik anak bangsa kita tercapai.

    Selamat Berpuasa :)

    http://mariatulqiptiyah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..hehe tula gram sangat td dengan budak2 tu...aniway tq..

      slamat berpuasa too ;)

      Delete
  2. Huu.. yang akhir tu saya setuju.. takde pensel.. tak ke bengang kan rasa.. masalahnya, dah masuk masa akhir, boleh takde pensel. Dah dari pagi tadi tulis pakai apa. Kadang-kadang pagi-pagi buta lagi dah takde pensel. Aiyoyo. Pergi sekolah tak bawa pensel, camner tu. Haih. Ni mesti pergi sekolah, main pergi je. Benda dalam beg pun tak kisah apa, terus bawak pi sekolah. Sabar je lah kan.

    ReplyDelete