Siapa menonton telemovie Akad dan Nikah semalam? Mesti ramai yang menontonnya bukan. Biasa la cerita Melayu. Jalan ceritanya boleh di agak dari awal penceritaannya.
Walaubagaimanapun, cerita tersebut agak menarik dan mampu menitiskan air mata.
Sedikit sinopsis yang saya dapat ringkaskan di sini;
Im (Adi Putra) dan Zara (Nora Danish) bercinta dan berkahwin, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab itu bapa Im mencadangkan agar Im memadukan Zara. Zara keciwa dan melarikan diri daripada Im. Lalu Im menjadi rapat dengan kawan baik Zara iaitu Wawa (Fouziah Ghouz) dan ingin mengahwininya. Apabila Zara mendapat tahu hal tersebut, Zara ingin bercerai dengan Im.
Kemudian Zara kemalangan dan menyebabkan dia hilang ingatan. Im terus menjaga Zara dengan baik dan membatakan niatnya untuk berkahwin dengan Wawa. Wawa sakit hati lalu menceritakan segala-galanya kepada Zara. Zara kecewa dan kembali pulih lalu membawa diri pulang ke kampungnya.
Akhirnya Im tahu bahawa Zara tidak mahukan zuriat kerana dia menghidap kanser dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.
Im kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dan meninggal dunia. Zara berpesan kepada ibunya jika dia meninggal kebumikan dia bersebelahan kubur Im. Semasa jenazah Im tiba di rumah, Zara juga menghebuskan nafas yang terakhir.
Begitulah ceritnya. Bagi peminat cerita melayu, kita tak akan jemu dengan penceritaan tersebut kan. walaupun kisahnya lebih kurang sama, tetapi pembawakan watak oleh pelakon-pelakonnya adalah berbeza-beza.
mamadhiya
sihat adalah kekayaan
mazlen | 0139334920
No comments:
Post a Comment