Friday 27 September 2013

CARA PENGAMBILAN PIL KALSIUM

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

KALSIUM sangat sinonim dengan kesihatan gigi dan tulang. Tanpa kalsium atau kekurangan kalsium akan menyebabkan kekuatan gigi dan tulang terjejas.

Kalsium boleh diambil dari pelbagai bentuk, dalam bentuk makanan, minuman atau pun pil. Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti badam, keju, kekacang, lobak, brokoli dan lain-lain lagi, manakala minuman yang mengandungi kalsium adalah susu lembu, susu kambing dan susu soya. Tetapi pada masa kini, kalsium juga boleh didapati dalam bentuk pil.

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah, bagaimana untuk memastikan kalsium yang diambil dapat diserap secara optimum oleh tubuh badan kita ? Mungkin jumlah makanan yang diambil cukup berdasarkan kandungan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan tetapi mampukan tubuh badan menyerap kesemua klasium yang diambil?

Untuk penyerapan kalsium secara optimum, kalsium memerlukan kehadiran vitamin D dan magnesium. Kenapa? Magnesium mengasimilasikan kalsium untuk diserap oleh tulang, dengan erti kata mudahnya, magnesium membantu menghantar kalsium kepada tulang. Manakala Vitamin D pula membantu penyerapan kalsium secara optimum oleh tulang.

Ia boleh diumpakan seperti kisah rumah, emas, lori dan kunci;

rumah (tulang)


emas (kalsium)


lori (magnesium)


kunci (vita d)



Lori diperlukan untuk menghantar emas ke rumah, jika tiada lori, emas tidak dapat dihantar, manakala jika tiada kunci, emas yang dihantar tidak dapat memasuki rumah. Jadi lori dan kunci mesti ada untuk memastikan penghantaran emas ke rumah berjaya.

Kesimpulannya, jika kita mengambil kalsium, pastikan ia disertakan dengan magnesium dan vitamin D.

Untuk produk kalsium yang kami tawarkan dan yang pastinya lengkap dengan magnesium dan vitamin D, KLIK DI SINI

Hubungi saya untuk maklumat harga dan rundingan istimewa secara percuma;

mazlen | 0139334920

mamadhiya
sihat adalah kaya

No comments:

Post a Comment