TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
Apakah dia kolon?
Kolon adalah bahagian akhir dan terpenting dalam sistem penghadaman. Kolon mengasingkan air dan garam daripada bahan pepejal. Untuk mendapatkan sistem pengahdama yang sihat, kebersihan kolon sangat dititikberatkan. Malah jika kolon bersih, ia juga membantu mencegah terjadinya kanser kolon.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kolon yang bersih ?
Makanan adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan kolon yang bersih dan sihat. Mari kita lihat 10 makanan yang dapat membantu membersihkan kolon kita.
LEMON - Buah - buahan citrus seperti lemon adalah sanagt bagus untuk membersihkan kolo. Minum satu gelas jus lemon setiap pagi dapat membantu membersihkan kolon dan sistem perkumuhan badan kita.
BAYAM - Bayam membantu melindungi saluran perkumuhan daripada penyakit dan juga membantu membersihkan kolon.
KEKACANG - Tumbuhan kekacang adalah sumber yang bagus untuk membersihkan kolon dan membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
GANDUM - Gandum mengandungi kandungan kalori dan kolestrol yang rendah. Ianya tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk proses pengahadaman.
AVOCADO - Kandunga Omega 3 dalam avocado membantu membersihkan kolon. Omega 3 bertindak sebagai pelincir pada dinding usus dan membuang semua toksin dan makanan yang berlebihan.
IKAN - Ikan juga mengandungi asid lemak Omega 3 dan minyak yang juga membantu membersihkan kolon.
BAWANG PUTIH - Bawang putih adalah sejenis herba yang mengandungi pelbagai kebaikan pada kesihatan kita. Juga salah satu makanan untuk membersihkan kolon.
JUS BUAH-BUAHAN - Jus buah-buahan kaya dengan serat yang membantu menyingkirkan garam dan membersihkan sistem perkumuhan.
BROKOLI - Brokoli membersihkan kolon dan memastikan kolon setiasa bersih. Juga membantu membersihkan hati dan membantu dalam kesihatan sistem pengahadaman.
Sangat mudah untuk mendapatkan kolon yang sihat. Semuanya bergantung pada diri kita, pilihan di tangan kita, sihat atau kurang sihat.
mamadhiya
sihat itu kaya
No comments:
Post a Comment