Wednesday 4 December 2013

BAHAYAKAH TELUR REBUS PADA KANAK - KANAK ?

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Benarkah telur membahayakan kesihatan terutama pada kanak - kanak ?

Di sini saya kongsikan hasil pembacaan saya daripada sebuah majalah berkenaan hubungan telur dan kanak - kanak. Jika dilihat dari piramid makanan, telur berada dalam kumpulan protein, iaitu sekumpulan dengan ayam, daging, ikan dan kekacang. Di mana kanak-kanak yang berusia dua hingga enam tahun perlu mendapat dua hidangan dari kumpulan ini setiap hari, manakala kanak-kanak yang lebih dewasa boleh mengambil dua atau tiga hidangan setiap hari.

Telur adalah salah satu sumber protein yang juga mengadungi pelbagai khasiat.  Protein telur terutamanya membekalkan kesemua asid amino yang merupakan bahan penting untuk membina blok protein yang baik untuk hormon, kulit, tisu dan banyak lagi sel badan. Ini kerana badan kita tidak mampu untuk an menghasilkannya sendiri. Telur adalah salah satu sumber protein yang mudah dihadam dan dapat diserap dengan mudah oleh badan. Bagi kanak-kanak, protein penting untuk pertumbuhan badan yang sihat.

Telur hanya mengandungi 75 kalori dan mengandungi choline yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Ia penting untuk penyimpanan ingatan dalam otak kanak-kanak dan dewasa. Malah sesetengah telur telah diperkaya dengan omega 3 iaitu lemak sihat yang boleh membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak dan membantu mencegah penyakit jantung dan artritis dikalangan orang dewasa.  

KANDUNGAN NUTRIEN DALAM SEBIJI TELUR


Jadi jangan bimbang jika anak-anak menggemari telur, cuma kawal pengambilannya dalam diet harian dan mingguan.

Untuk mendapatkan maklumat sumber Omega 3 yang asli sila KLIK DI SINI

mazlen 0139334920

bersama berkongsi kebaikan dan ilmu pengetahuan.
 

No comments:

Post a Comment