Thursday, 5 December 2013

LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Hari ini 5 haribulan Disember 2013, keadaan banjir di negara kita semakin buruk. Kepada mereka yang ditimpa musibah, semoga masih dalam lindungan Allah dan bersabar dengan dugaan ini. Tetapi kepada mereka yang masih bersenang lenang di rumah dan seronok bermain air banjir, jangan terlalu leka, bahaya boleh datang bila-bila masa sahaja.

Semasa keadaan banjir, pelbagai penyakit juga boleh merebak. Antaranya adalah taun, hepatitis A, demam kepialu dan leptospirosis. Walaubagaimanapun, kebiasaanya mangsa-mangsa banjir akan terkena penyakit taun. Jadi untuk mengelakkan penyakit-peyakit ini hinggap pada mangsa-mangsa banjir, pelbagai langkah keselamtan harus dipatuhi.

Antaranya ialah;


  • Jangan menggunakan air yang tercemar untuk memasak, memberus gigi, mencuci pinggan mangkuk dan membuat ais
  • Minum air yang dibotolkan, dimasak atau yang telah dirawat
  • Bekas penyimpanan air henadaklah dicuci dengan bahan pencuci dan dibilas dengan bersih
  • Makanan yang tekena banjir mesti dielakkan
  • Jika mendapat luka yang tercemar dengan air banjir, cuci dengan air panas atau air yang dirawat, sapukan antiseptip dan balut dengan kain bersih. Jika luka semakin teruk dapatkan rawatan doktor.
  • Sentiasa pakai but getah dan sarung tangan kalis air sewaktu melakukan kerja-kerja pembersihan.
Jadi berhati-hati semasa banjir ye.

mazlen 0139334920

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang dapat meningkatkan sistem imunisasi anak-anak sila  KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment