Friday, 6 December 2013

BERBALOIKAH MEMBELI BARANG PROMOSI YANG MURAH ?

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Sedang berjalan-jalan di pasaraya, melihat-lihat harga barang-barang yang dipamerkan serta sambil membeli sedikit keperlun harian, saya ternampak harga lampin pakai buang jenama terkenal M*** P*** (pant) , yang harganya lebih kurang RM 10 lebih murah daripada biasa. Apa lagi saya dan suami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa pek untuk keperluan anak saya. Tetapi tidak beli begitu banyak kerana kami fikir promosi akan ada lagi akan datang. Tetapi sehingga hari ini, memang sudah tiada lagi promosi sebegitu, kalau adapun cuma kurang seringgit ke dua ringgit sahaja. Menyesal tak guna kan.

Pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman tersebut adalah jangan melepaskan peluang yang baik di depan mata. Walaupun kurang hanya Rm 10, tetapi jika kita beli 10 pek, kita akan jimat rm 100. Betul tak ?Dan kualiti barang promosi sama dengan kualitinya seperti biasa. Bukan membeli buah durian promosi yang sudah tidak elok kan. Tetapi kita hendaklah membeli mengikut budjet dan kesuaian barang tersebut. Jika anda seperti saya yang terjumpa lampin pakai buang promosi dan ingin membeli dengan kuantiti yang banyak, pilih sebahagian saiz yang sememangnya anak-anak sedang guna dan sebahagianya pilih saiz yang lebih besar. Kerana anak kita semakin membesar bukan ? Jika tidak, kita akan rugi pula.

Bagaimana pula dengan anda? Mari berkongsi pendapat bersama-sama.

We share because we care.

mazlen 0139334920

Untuk mendapat OMEGA GUARD dengan harga promosi, sila hubungi saya;
mazlen 0139334920




1 comment:

  1. Saya suka beli pampers bila ada harga promosi. Tapi selalunya memang takkan beli lebih daripada 4 pek pampers (2 untuk anak sulung, 2 untuk kedua),

    Kenapa tak beli lebih dari 4?
    Sebab suami cakap - cukup-cukuplah tuuuu.. :)

    ReplyDelete