Friday, 6 December 2013

PERBEZAAN MINYAK MASAK DI PASARAYA

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Hari ini, di kawasan kediaman saya di Bera Pahang masih mendung dan daripada tinjauan pihak yang dipercayai, air sungai Pahang semakin naik di daerah ini. Banyak jalan-jalan yang telah ditutup untuk tujuan keselamatan. Alhamdulillah rumah sewa kami bukan berada di kawasan yang mudah banjir, dan saya masih boleh keluar ke pasaraya yang berhampiran. Walaubagaimanapun, ada satu kawasan yang menghubungkan rumah kami dengan pasaraya sedang dinaiki air. Semasa saya melaui kawasan itu tadi, air sudah mencecah pinggir jalan. Jika jalan tersebut dinaiki air dan laluan untuk kenderaan ditutup, maka rumah sewa kami, terkepung dan kami tidak dapat kemana-mana lagi.

Saya berniat untuk memasak sup ayam untuk anak saya pada hari ini, setibanya di kawasan minyak masak, kelihatan minyak sawit sudah habis, tetapi itu tidak merisaukan saya kerana saya bercadang untuk membeli minyak zaitun. Tetapi di situ terdapat pelbagai jenis minyak zaitun, ada yang mild dan ada yang hard. Apa perbezaannya ? Warnanya pula tidak seperti minyak masak biasa, cuma harganya agak mahal berbanding minyak sawit dan minyak jagung serta minyak biji bunga matahari. Maka di sebabkan saya takut rasanya tidak sedap, saya terus membeli minyak campuran jagung dan biji bunga matahari kerana pernah dengar tentang iklannya di radio.

Setibanya saya dirumah, baru saya terfikir lagi, kenapa tidak membeli minyak zaitun ? Disebabkan kurang arif berkenaan minyak-minyak ini, saya cuba mencari perbezaan antara minyak-minyak tersebut.



Minyak bunga matahari

Mengandungi lemak tepu yang sangat rendah yang bagus untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan minyak jagung. Warnanya sangat jernih dan cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak sawit yang agak likat. Malah ia tidak merosakkan rasa makanan dan kaya dengan Vitamin A, D, E dan C. Ia dapat meningkatkan stamina dan menurunkan kolestrol serta sesuai untuk pesakit diabetis.

Munyak jagung

Mengandungi lemak tepu yang lebih rendah berbanding minyak sawit dan biasanya digunakan untuk menggoreng. Dan dinasihatkan agar jangan menggunakan minyak ini telalu panas dan digunakan berulang kali kerana dikhuatiri khasiatnya berkurangan. Juga mengandungi phosphatides positif yang memepengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan E yang tinggi, lesitin iaitu antioksida yang aktif serta asid lemak omega 6 yang baik untuk kulit. Malah boleh membantu pesakit diabetes, obesiti dan menurunkan kolestrol. Juga dikatakan dapat mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.

Minyak zaitun 

Sememangnya mengandungi lemak tepu yang rendah, tetapi mengandungi kandungan lemak mono tak tepu lebih tinggi berbanding minyak jagung. Dan dikatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun kurang enak, namun ia mempuyai pelbagai kelebihan dari sudut kesihatan. Minyak zaitun bleh digunakan berulang kali untuk memasak kerana ia tidak teroksida, tidak menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau. Malah perut akan terasa ringan dan puas apabila mengambil makanan yang mengandungi minyak ini kerana penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat. Ia tidak sesuai untuk menggoreng. Ia membekalkan Vitamin E yang tinggi dan membantu menghindarkan penyakit kardiovaskular.

Jadi saya harap, apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama.

mazlen 0139334920

No comments:

Post a Comment