Siapa sedang cuba mengurangkan berat badan sekarang ? Apa resepi makanan harian anda ?
Saya tertarik dengan resepi yang menggunakan dada ayam kerana ia senang didapati dan memerlukan proses yang mudah. Malah yang penting kurang karbohidrat.
Salah satu resepinya adalah nugget ayam. Semestinya nugget kegemaran ramai bukan ? terapi nugget yang terdapat dipasaran tidak sesuai untuk mereka yang berdiet kerana terdapat kandungan lemak yang tinggi. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri, anak-anak pun mesti suka.
BAHAN-BAHANNYA
Dada ayam
bawang besar
daun sup
daun bawang
lada sulah
garam
minyak jagung
CARA MEMBUATNYA
Kisar dada ayam sehingga halus, kemudia campurkan bawang besar yang dipotong dadu serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Apabila sudah sebati, kepalkan mengikut saiz yang digemari dan gorengkan sehingga masak. Siap, mudah sahaja kan.
Selamat mencuba.
Ni boleh dijadikan burger jugak kan ni.. hehe..
ReplyDeleteha au, boleh juga gnti dengan daging.. hehe
ReplyDeletece bwk ke sek time meeting nanti
ReplyDeletesila buat sendiri... dah bg resepi kn... hahahaha
ReplyDeletekalau kisar guna blender yg biasa boleh ke
ReplyDeleteBoleh😊
ReplyDeleteKlu goreng. Pakai minyak. Kku minyak bkn jadi kolestrol ke? Bkn xbgus utk diet. Maaf sekadar bertnye.
ReplyDelete