Saturday 7 December 2013

RESEPI DIET UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Siapa sedang cuba mengurangkan berat badan sekarang ? Apa resepi makanan harian anda ?

Saya tertarik dengan resepi yang menggunakan dada ayam kerana ia senang didapati dan memerlukan proses yang mudah. Malah yang penting kurang karbohidrat.

Salah satu resepinya adalah nugget ayam. Semestinya nugget kegemaran ramai bukan ? terapi nugget yang terdapat dipasaran tidak sesuai untuk mereka yang berdiet kerana terdapat kandungan lemak yang tinggi. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri, anak-anak pun mesti suka.



BAHAN-BAHANNYA

Dada ayam
bawang besar
daun sup
daun bawang
lada sulah
garam
minyak jagung 

CARA MEMBUATNYA

Kisar dada ayam sehingga halus, kemudia campurkan bawang besar yang dipotong dadu serta daun bawang dan daun sup yang dihiris halus. Perasakan dengan lada sulah dan garam. Apabila sudah sebati, kepalkan mengikut saiz yang digemari dan gorengkan sehingga masak. Siap, mudah sahaja kan.

Selamat mencuba.

7 comments:

  1. Ni boleh dijadikan burger jugak kan ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. ha au, boleh juga gnti dengan daging.. hehe

    ReplyDelete
  3. ce bwk ke sek time meeting nanti

    ReplyDelete
  4. sila buat sendiri... dah bg resepi kn... hahahaha

    ReplyDelete
  5. kalau kisar guna blender yg biasa boleh ke

    ReplyDelete
  6. Klu goreng. Pakai minyak. Kku minyak bkn jadi kolestrol ke? Bkn xbgus utk diet. Maaf sekadar bertnye.

    ReplyDelete