Thursday, 3 April 2014

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

"Asal mengandung je tercabut sebatang gigi". Saya pernah mengenali individu yang berpengalaman sebegitu, malah jika tidak silap saya anaknya seramai 5 orang, jadi dia telah kehilangan 5 batang gigi gerahamnya.

Jika dulu saya tidak tahu mengapa ia terjadi, dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tetapi setelah berpengalaman menjadi seorang ibu, saya sedari bahawa masalah tersebut berpunca daripada kekurangan pengambilan kalsium semasa hamil.

Semasa hamil, kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi janin yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat. Malah kalsium juga penting untuk keperluan denyutan jantung yang normal dan dalam keupayaan penggumpalan darah (blood clotting).

Berapakah kuantiti kalsium yang diperlukan?

18 tahun ke atas - 1000mg (sebelum, semasa dan selepas hamil)

18 tahun ke bawah - 1300mg

Walaupun setelah melahirkan anak dan tempoh penyusuan selesai, pengambilan kalsium masih perlu dititikberatkan.

Ambillah suplemen kalsium dari Shaklee yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum oleh tubuh badan.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee sempena promosi April 2014.

mazlen 0139334920

No comments:

Post a Comment