Showing posts with label produk shaklee. Show all posts
Showing posts with label produk shaklee. Show all posts

Wednesday, 8 January 2014

ALFAFA SHAKLEE MEMANG LARIS DIPASARAN

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Kita berada di bulan Januari 2014, sekejap sahaja masa berlalu kan. Bulan ini Shaklee menwarkan promosi alfafa shaklee yang sangat laris dikalangan wanita, ibu menyusu dan mereka yang sedang mengurangkan berat badan. 

Alfafa Shaklee didatangkan dengan dua saiz yang berbeza iaitu saiz S (330 biji) dan saiz L (700 biji). Pada bulan promosi ini, ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkan alfafa yang bersaiz L kerana lebih berbaloi. Untuk yang baru ingin mencuba alfafa, boleh mendapatkan saiz s terlebih dahulu pada harga promosi. 

Untuk makluman anda promosi produk shaklee adalah tidak sama untuk setiap bulan dalam setahun. Hanya beberapa produk sahaja yang mempunyai bulan promosi berulang dalam satu tahun. Seingat saya tahun lepas, alfafa memang tidak tersenarai dalam mana-mana bulan untuk harga promosi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk hebat shaklee dengan harga yang berbalai-baloi.

Kenapa pilih ALFAFA SHAKLEE ?

Alfafa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. ia telah digunakan oleh manusia sejak dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 

10 BIJI ALFAFA MENYEDIAKAN NUTRISI = SEGELAS SUSU

SEBAHAGIAN KHASIAT ALFAFA UNTUK TUBUH KITA;

  • Mencuci hati, darah dan usus - Kealkaliannya boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menghindarkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strokdan darah tinggi. Hanya alfafa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor - memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan seterusnya memperbaiki sel-sel akibat kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan 
  • Mencegah / merawat artritis 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang berbaloi.

mazlin 0139334920
facebook nurmazlen

Tuesday, 17 December 2013

KEPERLUAN SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENGEDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRIANG. TEMERLOH, MENTAKAB, PAHANG DAN SELURUH MALAYSIA

Ramai yang berkata,

"aku tak perlu suplemen, aku makan makanan yang berkhasiat setiap hari jadi mestilah dapat nutrien yang cukup"

"Membazir je beli suplemen, bukat dapat manfaat apa-apa pun"

"kita kan sihat, nak buat apa makan suplemen"

"ala tipu je semua suplemen tu, konon la tambah susu la, tambah kekuatan la, apa-apa la"


Bila ramai yang berkata begitu, sedarkah kita kenapa ramai yang mengunjungi hospital untuk dirawat.

Saya tidak kata mereka yang mengambil suplemen akan sihat sehingga akhir hayat, tetapi sekurang-kurangnya kita cuba menjaga kesihatan, usaha ke arah kebaikan dan bukan untuk orang lain, malah sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Sebagai contoh ada yang mengambil suplemen untuk banyakkan pengeluaran susu, betul mind set memang memaikan peranan, tetapi pastikah kandungan susu yang diperah memenuhi khasiat yang diperlukan bayi. "Alah orang zaman dahulu mana ada makan suplemen", memang betul orang zaman dahulu memang tak mengamalkan suplemen tetapi makanan yang mereka makan masih suci dan tidak tercemar dengan beraneka bahan kimia, perasa, pewarna dan pengawet bukan.

Ini hanya pendapat saya, jika anda rasa pendapat saya salah, terpulang pada anda.

Apa-apa jenama suplemen yang anda pilih, terpulang pada anda, yang penting kita sama-sama berusaha menjaga kesihatan sepanjang hayat.

Monday, 9 December 2013

CARA MEMBELI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR
PENEGDAR SHAKLEE KERAYONG, BERA, TRAING, TEMERLOH, MENTAKAB DAN SELURUH MALAYSIA

Kepada pelanggan-pelanggan Shaklee yang disayangi, Shaklee kini telah mempunyai laman web untuk pembelian secara online. Anda hanya perlu memilih barangan, bayar dan pihak SHAKLEE akan terus hantar kepada anda tanpa melalui orang ketiga.

Tetapi anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu, dengan yuran seumur hidup sebanyak hanya RM 65.00 + RM 10 (untuk pos starter kit) atau keahlian percuma dengan membeli  produk Shaklee sebanyak lebih kurang RM650 dengan mana-mana distributor yang sah seperti saya, anda terus boleh membuat pembelian secara langsung dengan pihak SHAKLEE. Ini kerana apabila anda sudah mendaftar sebagai ahli Shaklee, Shaklee akan memberikan anda Id dan Pass Word untuk log in di web site shaklee2u.com.my . 




Cuma satu sahaja kelemahannya ialah siapa yang menguruskan pendaftaran anda. Anda perlu memilih agen Shaklee yang sah, yang betul-betul dapat membantu anda dalam pendaftran keahlian, cara membuat belian di laman web, seterusnya memberi anda panduan tentang cara pengambilan setiap suplemen.

Menjadi ahli SHAKLEE, bukan bermakna anda wajib menjalankan bisnes. Jika anda berniat untuk sekadar kegunaan sendiri dan keluarga pun boleh. Tetapi kebanyakannya berubah pendirian, apabila sudah menjadi ahli, mereka akan berjinak-jinak untuk berniaga. Nak tahu kenapa? Ramai yang telah mendapat side income yang dapat membantu kewangan keluarga.

Saya sedia membantu anda untuk mendaftarkan anda sebagai ahli, membantu dalam pembelian produk secara online, memberi panduan cara pengambilan suplemen. Hubungi saya segera

Nurmazlen 0139334920
fb nurmazlen mohd johar

Friday, 3 May 2013

ESP SHAKLEE..BANYAK MANFAATNYA

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

DAH CUBA, CONFIRM TAK MENYESAL....hehehe

Apa yang best sangat ESP ni...ESP ni adalah sumber protein yang sangat bagus...
nak pulak bagi yang nak mencantikkan tubuh badan...kalo kita tak perasan perubahan badan kita, cuba tanya suami masing-masing lepas amalkan ESP ni...hehehehe

Kenapa ESP boleh bantu memantapkan kembali tubuh badan kita???

Seperti yang kita tahu, payudara(cek B) tidak mempunyai tulang, so siapa yang nak menyokong cek B ni...so we need high Quality Protein yang dapat menghasilkan sel-sel yang bagus seterusnya dapat menganjalkan cek B ni...

Hmm kalau ambil protein dari sumber lain tak boleh ke???  Boleh saje...ikan dan ayam kan sumber prtotein jugak...tapi mereka juga ada sumber lemak dan kolestrol...silap-silap yang kita makan tu lebih kepada kolestrol dan lemak kan takkan nak makan ayam mentah, mestilah nak makan ayam masak lemak, ayam kurma...hahaha sedapkan.... 

1 hidangan ESP = 2x ganda daging = 4x ganda telur = 12x ganda susu 

dan lagi

TIADA KOLESTROL, TIADA ASID URIC

SANGAT MUDAH DISERAP OLEH TUBUH MANUSIA




Saturday, 20 April 2013

Minuman Isotonik ... PERFORMANCE DRINK

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Tak suka dengan isotonik yang bergas dan manis??...so jom cuba PERFORMANE DRINK from SHAKLEE..


BEST ke performance drink shaklee ni...ha nak tau, boleh lah cuba...terutama bagi suami-suami yang bekerja yang banyak menggunakan tenaga seperti suami saya..hehehe..

Jom tengok faedah dan kelebihannya :

Yang pertama....jeng jeng jeng....boleh meningkatkan daya ketahanan badan iaitu dapat memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Yang kedua pulak ialah dapat membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal..bagaimana?? ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi Potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride..malah dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap dikawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

Seterusnya...dapat mencegah penghidratan iaitu dapat mengurangkan kehausan, memcegah penghidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda..

Ia juga dapat mengekalkan paras gula...terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot...

Haa best kan...minuman isotonik ada ke??? Shaklee gak the best product kan...hehehe




Friday, 19 April 2013

KELEBIHAN B-COMPLEX SHAKLEE , vitamin semulajadi

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Mitos : b-complex menggemukkan!!! hehehe

B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
Kesemua 8 komponen ini mesti ada pada b-complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Vitamin B adalah vitamin larut air, jadi sebarang lebihan tidak akan disimpan didalam tubuh tetapi dikeluarkan melalui sistem pencernaa..So sebab tula kita kena ambil vitamin B setiap hari...

Apa pentingnya vitamin B ni???



Antara manfaat utama B-Complex :

1. Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu membantu penghadaman, menukar lemak, kabohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan

2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf , sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak . Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. Rambut beruban dan gugur - membaiki masalh kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata - mengurangkan masalah kesihatan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasasan memori, dan daya pemerhatian/fokus.

6. Mencegah Anemia - membatu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardivaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletuhan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanaya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

9. Detoksifikasi - meredakan alahan

Hmmm banyaknya faedah b-complex ni.....jom cuba bukan mahal pun... hehehe



Thursday, 18 April 2013

MULTIVITAMIN A.K.A VITALEA SHAKLEE

Teks : Nurmazlen Mohd Johar

Jom tengok apa yang istimewanya multivitamin from shaklee ni....

Kenapa kita panggil dia multivitamin??.....vitalea shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstraks daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.

Apa yang istimewanya???.....haaa....
vitalea ni disaluti dengan serbuk nutrisi(spirulina) dan tablet multivitamin yang paling pantas di Dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia....So mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil..

**Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan jatuh sakit sebanyak 65%***



Apa manfaatnya makan vitalea ni????

1. Penambahan tenaga segera-pemberi tenaga, kecerdasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu   sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

2. Pelengkap nutrisi-kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang         terutama bagi mereka yang vegetarian dan anemia.

3. Keupayaan sistem produktif-penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

4. Metabolisma-sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5. Elemen penting pada sel tubuh-menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.

6. Melindungi organ-melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Berusahalah menjaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih bermakna....mencegah lebih baik daripada mengubati ;)